28.12.08

THE DA VINCI CODE, BENAR @ PALSU

Salam Misteri Untuk Semua,

The Da Vinci Code
adalah sebuah novel karangan Dan Brown seorang penulis Amerika dan diterbitkan pada 2003 oleh Doubleday Fiction (ISBN 0-385-50420-9). Buku ini adalah salah satu buku terlaris di dunia dengan 36 juta eksemplar (hingga Agustus 2005) dan telah diterjemahkan ke dalam 44 bahasa, termasuk Indonesia. Di Indonesia diterbitkan oleh penerbit Serambi Ilmu Semesta (ISBN 979335807) pada tahun 2004.

Menggabungkan gaya detektif, thriller dan teori konspirasi, novel ini telah membantu mempopulerkan perhatian terhadap sebuah teori-teori tentang legenda Piala Suci (Holy Grail) dan peran Maria Magdalena dalam sejarah Kristen - teori-teori yang oleh Kristen dipertimbangkan sebagai ajaran sesat dan telah dikritik sebagai sejarah yang tidak akurat. Buku ini adalah bagian kedua dari trilogi yang dimulai Dan Brown dengan novel Malaikat dan Iblis (Angels and Demons) pada tahun 2000, di mana diperkenalkan karakter Robert Langdon. Pada November 2004, Random House menerbitkan "Edisi Spesial Ilustrasi", dengan 160 ilustrasi yang berselingan dengan teks.

Buku ini dibuka dengan pengakuan Dan Brown bahwa "Semua deskripsi karya seni, arsitektur, dokumen, dan ritus rahasia dalam novel ini adalah akurat," walaupun klaim ini diperdebatkan oleh para sarjana akademisi dalam diskusi-diskusi buku (lihat: Kritik tentang The Da Vinci Code dan daftar bacaan lain terlampir dibawah).

Klaim alur cerita mengatakan bahwa Gereja Katolik telah terlibat dalam konspirasi untuk menutupi cerita Yesus yang sebenarnya. Ini menyiratkan bahwa Vatikan dengan sadar mengetahui sedang hidup dalam suatu kepalsuan, tetapi mengerjakan sesuatu demi menjaga kekuasaannya. Para penggemar memuji bahwa buku ini kreatif, walaupun kritikus juga menyerang dengan mengatakan ketidakakuratannya dan tulisan yang buruk, dan mengutuk pendirian yang kontroversial pada peran Gereja Kristen.


Deskripsi


Buku ini menceritakan usaha Robert Langdon, Profesor "Simbologi Agama" di Universitas Harvard, untuk memecahkan misteri pembunuhan kurator terkenal Jacques Saunière (lihat Bérenger Saunière) dari Museum Louvre di Paris. Judul pada novel merujuk, di antaranya, fakta bahwa mayat Saunière ditemukan telanjang di dalam Louvre dan posisi seperti gambar terkenal Leonardo da Vinci, Vitruvian Man, dengan suatu pesan acak (cryptic) yang tertulis di samping tubuhnya dan sebuah Pentagram tergambar di perutnya dengan darahnya sendiri. Interpretasi dari pesan tersembunyi dalam karya terkenal Leonardo, termasuk Mona Lisa dan Perjamuan Terakhir, menjadi figur menyolok dalam pemecahan misteri ini.

Konflik utama pada novel ini seputar pemecahan dua misteri:

  • Rahasia apa yang dilindungi Saunière sehingga mendorong pembunuhannya?
  • Siapakah dalang di belakang pembunuhannya?

Novel ini mempunyai beberapa alur cerita yang berdampingan yang menyertakan tokoh-tokoh berbeda. Kemudian semua alur cerita berjalan bersama-sama dan terpecahkan pada akhir buku.

Kusutnya misteri membutuhkan solusi bagi rangkaian problem yang sangat sulit, mencakup anagram (permainan huruf-kata) dan teka-teki angka. Solusinya sendiri menemukan hubungan erat dengan kemungkinan lokasi Holy Grail dan dan suatu perkumpulan misterius yang disebut Priory of Sion, juga Knights Templar. Organisasi Katolik Opus Dei juga digambarkan secara menyolok dalam alur cerita.

Novel ini adalah buku kedua Brown di mana Robert Langdon adalah karakter utamanya. Buku sebelumnya Malaikat dan Iblis, mengambil latar di Roma dan bercerita tentang Illuminati.


Petikan Dari Intenet


27.12.08

HISTERIA, REALITI ATAU FANTASI

Salam Misteri Untuk Semua

A.G baru je menonton filem Histeria minggu lepas jadi kat sini A.G nak kupas tentang Histeria la. Leh kongsi bersama

HISTERIA" dikatakan bermula apabila seseorang itu memendam tekanan perasaan yang berpanjangan sehinggalah pada suatu ketika, tekanan itu tidak mampu lagi dipendam dan melebihi keupayaan yang mampu ditanggung perasaan.

MANGSA histeria bagaikan dapat melihat kelibat makhluk halus. Masyarakat percaya mangsa dirasuk kerana menceroboh 'kediaman' makhluk ghaib

"Ketika itulah jiwa seseorang itu menjadi lemah dan ia mudah dirasuk unsur ghaib seperti makhluk halus atau jin sehingga menyebabkan dia melolong, meracau dan meronta ketakutan atau dikenali sebagai histeria," kata Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa', Mohd Fauzi Mustaffa ketika memberi penerangan mengenai kejadian histeria.

Histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan dalam masyarakat terutama ketika memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib.

Bagi Mohd Fauzi yang pernah berhadapan dan merawat pesakit histeria, gejala itu akibat gabungan gangguan psikologi iaitu tekanan perasaan dan juga pengaruh unsur ghaib.

Histeria lebih ketara berlaku apabila pesakit itu berada di kawasan 'kediaman' jin terbabit seperti di dalam hutan, padang atau tepi tasik. Pesakit mungkin secara tidak sengaja mengganggu atau merosakkan kawasan rumah makhluk halus terbabit menyebabkan ia marah dan merasuk diri pesakit seterusnya menyebabkan histeria," katanya.

Beliau berkata, apabila histeria berlaku, pesakit tidak lagi sedarkan diri atau mengetahui apa yang mereka lakukan. Mereka akan melolong, menjerit, cemas, nafas tercungap-cungap dan meronta ingin melarikan diri.

"Wajah mereka juga ketakutan seolah-olah ternampak sesuatu yang menyeramkan dan memang mereka dapat melihat makhluk halus itu; mereka juga memiliki kekuatan luar biasa sehingga sampai 10 orang pun tidak dapat mengekang pergerakan mangsa.

"Kekuatan itu berasal daripada makhluk ghaib terbabit malah kadangkala rasukan menyebabkan mereka meracau dengan suara atau bahasa pelik. Mereka tidak sedar apa yang dilakukan ketika histeria menyebabkan apabila pulih, mangsa kelihatan bingung," katanya.

Apabila seseorang itu mengalami histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada berhampirannya. Ia mampu merebak kerana jin yang mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia yang dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama iaitu turut memendam tekanan dan kebimbangan.

"Terdapat kaedah dalam perubatan Islam mampu memulihkan mereka ini. Sebenarnya, jika tidak dirawat pun pesakit histeria ini mampu pulih dengan sendirinya selepas satu tempoh masa lama apabila jin yang merasuk itu keluar dan pesakit kembali sedar.

"Akan tetapi dia berisiko dirasuk kembali atau mengalami histeria semula; cara terbaik adalah dengan mencegahnya iaitu pesakit perlu tabah menghadapi dugaan hidup, sentiasa reda dengan ketentuan Allah, tidak berputus asa dan lemah semangat serta memperbanyakkan mengingati Allah kerana jiwa yang kosong tanpa mengingati Allah mudah dirasuk syaitan," katanya.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa selain wanita, ada juga lelaki, kanak-kanak atau bayi yang histeria tetapi gejala itu lebih ketara di kalangan wanita kerana golongan itu diciptakan Tuhan sebagai insan yang memiliki fizikal dan emosi yang lemah.

Wanita juga mengalami 'keuzuran' pada setiap bulan menyebabkan mereka tidak dapat beribadat dan lebih terdedah kepada serangan jin dan syaitan tambahan pula darah termasuk darah haid sememangnya menjadi makanan bagi golongan jin.

Bagi pakar psikologi, Profesor Dr Syed Hassan Ahmad Al Mashoor, unsur mistik seperti rasukan jin sememangnya tidak dinafikan wujud sebagai satu daripada punca histeria tetapi masyarakat perlu membezakan antara histeria yang berlaku akibat tekanan perasaan serta konflik emosi dengan histeria akibat rasukan jin.

"Kita tidak boleh nafi pengaruh makhluk halus dalam kehidupan tapi biarlah setiap usaha itu dibuat secara rasional supaya tidak sentiasa menyalahkan satu sebab saja (rasukan jin) dalam kes histeria.

"Jika puncanya berkaitan perubatan seperti penyakit sawan, salah guna dadah seperti ecstasy atau disebabkan penyakit mental seperti skizofrenia, ia dikatakan 'gangguan perubatan' tapi jika puncanya tekanan perasaan dan konflik emosi semata-mata, ia dikatakan 'gangguan psikologi'," katanya.

Dr Syed Hassan berkata, dari perspektif psikologi, histeria lazimnya berpunca dari tekanan emosi berpanjangan yang tidak dapat dibendung lagi malah mangsa kurang mendapat sokongan moral dan material dari keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

"Wanita lebih kerap histeria kerana lebih banyak memendam keresahan dan kemurungan serta tidak meluahkan tekanan emosi mereka. Lelaki pula lebih tabah dan lasak, jika mereka menghadapi stres, mereka ada saluran meluahkan tekanan emosi itu sama ada menerusi kemarahan, perlakuan agresif atau melakukan perkara tidak diingini seperti berjudi," katanya.

Beliau berkata, untuk menghindari histeria, mereka yang bermasalah perlu dikenal pasti seawal mungkin dan diberi bantuan moral bagi meredakan tekanan perasaan dan gangguan konflik yang dialami.

Dari sudut psikologi

• Histeria dari sudut kesihatan psikologi ditakrifkan sebagai gangguan kesihatan di mana tahap kesedaran orang yang terbabit berubah dan dia tidak ingat apa yang berlaku.

Mangsa menunjukkan perilaku, emosi dan pemikiran yang tidak normal.

• Berjangkitnya histeria ke khalayak ramai kerana golongan itu memiliki banyak persamaan seperti corak tekanan sama, contoh murid sekolah dan pekerja kilang; usia sebaya; lazimnya sama jantina.

Media massa yang menggembar-gemburkan peristiwa histeria juga turut meningkatkan berlakunya gangguan ini apabila ia turut mempengaruhi tanggapan masyarakat.

• Fenomena histeria adalah kesan dari tekanan perasaan dan konflik emosi yang tidak terkawal. Mangsa tidak sedar apa yang berlaku tetapi dengan bantuan dan sokongan moral serta galakkan untuk kembali memuhasabah diri secara lebih realistik dan pragmatik, lazimnya mangsa akan beransur pulih.

• Jika terdapat tanda keresahan dan kemurungan, ubatan bagi mengawal tanda itu boleh membantu dan mempercepatkan proses pemulihan serta mencegah berulangnya kejadian histeria. Walau apa pun yang diusahakan, tawakal kepada Allah SWT sahajalah yang akhirnya dapat menentukan segala-galanya.

Dari sudut unsur ghaib

• Berbeza dengan saka, santau atau sihir, histeria disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di pandang atau hutan.

• Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.

• Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.

• Mereka yang memiliki kekuatan rohani jarang histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak berputus asa.

• Bayi atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka hanya meraung ketakutan dan jari mungkin menunjuk ke arah suatu arah. Lelaki yang histeria pula kelihatan seperti sedang amuk.

• Petua apabila berhadapan dengan histeria: asingkan pesakit daripada orang ramai; cuba azankan di telinga pesakit; baca surah al-Fatihah, ayat 115 hingga 116 dari surah al-Mukminun, ayat tiga qul dan tiupkan di telinga dan muka pesakit; jika ada air Yaasin, sapu atau semburkan ke muka pesakit.

Apabila pesakit kelihatan sedar, suruh dia mengucap, jika tidak dapat mengucap, maknanya jin itu masih merasuknya. Baca juga doa Nabi Sulaiman supaya didengari pesakit.

3.12.08

NASI KANGKANG



Salam Misteri Semua,

Dah Lam A.G x tulis dalam blog ni. Kali ni A.G nak terangkan mengenai nasi kangkang. Ala ubat untuk menundukan suami. Meh A.G kaji..............

Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.

FILEM perempuan, isteri dan… lakonan pelakon Sofea Jane sedikit masa dulu menimbulkan kekecohan apabila dengan berani menunjukkan ‘aksi’ si isteri menghasilkan nasi tangas atau lebih dikenali bahasa kasarnya, nasi kangkang. Begitupun sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya?Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diketahui di kalangan kelompok yang pernah melakukan kerja berkenaan.

Seorang bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Tua ketika di temui di rumahnya di Gombak mengaku walaupun masyarakat hari ini leka kemajuan sains dan teknologi, masih ada segelintir wanita yang yang datang berjumpanya bagi minta cara-cara untuk menghasilkan nasi kangkang.“Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar’ dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri,” katanya.

Sungguhpun begitu, sejauh mana amalan berkenaan boleh menzahirkan hajat wanita berkenaan masih sukar dipastikan dengan kata-kata kerana ia diukur berdasarkan `kehebatan’ bomoh berkenaan.“Ada yang kata menjadi dan ada yang kata tidak menjadi. Itu yang sukar untuk kita pastikan, tetapi sehingga ke hari ini wanita yang menemui saya selalunya berpuashati,” katanya yang menyatakan amalan berkenaan dilakukan menerusi pembacaan ayat tertentu yang diamalkan ketika melakukan prosedur itu.

Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.Bagaimanapun, katanya, sebelum melakukan `kerja’ berkenaan beliau akan menasihati wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan’ suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.“Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya.

Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, kadangkala itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut telunjuk kata,” katanya.Beliau juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.


Bagaimanapun Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata nasi kangkang hanyalah nama yang digunakan masyarakat kurang terpelajar kerana ia tidak memberikan sebarang kesan.Katanya, sekiranya berkesan kepada suami yang di bomoh itu, ia hanyalah dikaitkan dengan kesan psikologi individu berkenaan saja yang percaya kepada keberkesanannya menerusi apa yang diperkatakan oleh masyarakat sekeliling mengenai kehebatan ilmu dan pengamalnya itu.“Kalau dalam psikologi sosial, ia sama seperti kesan `brain wash’ yang mana boleh mempengaruhi kita kalau selalu dikatakan tangas ia meninggalkan kesan hebat. Antara syaitan dan manusia adalah dua perkara yang berbeza dan hanya Allah yang membenarkan ia terjadi dan sebaliknya.“Orang selalu gunakan Islam untuk menjadikan asas menunjukkan syaitan itu ada kesan terhadap manusia sedangkan tidak.

Sekiranya kita percaya terkena sihir, dan berubat menerusi cara berbomoh tadi, maka dikhuatiri kita akan terjebak juga akhirnya, dalam lingkungan tidak bertepi tadi.“Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya.

Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara,” katanya.Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.

P/S Geli la nasi kangkang

25.11.08

MISTERI BUNGA BAKAWALI

Salam Misteri Untuk Semua





Kali ini A.G nak mengkaji mengenai pokok Bunga Bakawali. Pokok Bunga Bakawali kenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.




Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.







Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata.





Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.
P/S: kalu bunga harum sundal malam macam mana plak yeeee

20.11.08

BETUL KE ADA UFO?

SALAM ANEH UNTUK SEMUA,


Untuk kajian kes yang pertama A.G nak mengkaji mengenai UFO atau dalam bahasa panjangnye Unidentified Flying Object. Apa yang A.G nak persoalkan:

  • Apa itu UFO
  • Dari Mana Asalnyee
  • Adakah ia betul2 wujud
  • Bukti UFO
  • UFO Dan Al Quran



APA ITU UFO

Seperti yang kita ketahui, UFO adalah objek terbang yang tidak diketahui asal usul dan rupanye. Cuma sesetengah pihak mengatakan bahawa UFO ini berbentuk nipis dan leper. Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing.

Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.

Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara.

Ilmu yang menyelidiki fenomena tentang UFO dinamakan Ufologi, sementara orang yang melakukan penyelidikan mengenai UFO disebut Ufolog. Makhluk yang membawa UFO disebut sebagai Ufonaut, dan umumnya lebih sering disebut dengan istilah: E.T. atau ALF (Alien Life Form). E.T. adalah singkatan dari Extra Terrestrial, yang artinya berasal dari luar bumi. Karena ada teori yang mengatakan bahwa makhluk UFO bisa saja berasal dari bumi (dari dalam bumi atau dasar laut), maka penggunaan istilah alien lebih sering digunakan daripada E.T

Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.



DARI MANA ASALNYE

Seperti yang diketahui bahawa UFO merupakan kenderaan yang digunakan oleh mahluk asing. Oleh yang demikian ada teori yang menyatakan bahawa UFO berasal dari planet lain yang berada diluar bintang kita iaitu matahari. Ada juga berpendapat bahawa UFO ini berasal dari palnet Marikh kerana di planet MArikh dikatakan menpunyai kehidupan yang hidup disana.
Status UFO sebenarnya masih lagi x dapat di bongkarkan. Ini kerana UFO hanya muncul beberapa saat disatu2 kawasan dan tidak ramai yang dapat melihatnye.

UFO jarang mendarat di bumi. Ini mungkin kerana bagi mereka bumi tidak selamat untuk berjalan atau bershopping. hehehehehehe. Tetapi masih terdapat lagi kesan2 yang ditemui menunjukan bahawa ada UFO yang mendarat di bumi ini. (mungkin hadis minyak kot).



ADAKAH IA BETUL2 WUJUD

Dalam kes ini, terdapat dua pendapat yang dikeluarkan. ada pihak yang mempercayai kewujudan UFO ini dan ada pihak yang tidak mempercayai kewujudan UFO ini. Ini kerana dari keseluruhan laporan penampakan, umumnya hanya 10% saja yang tidak dapat dijelaskan atau dikenali melalui penyelidikan yang sangat serius. Sementara sisanya 90% dapat dijelaskan sebagai suatu fenomena alam atau hanya benda buatan manusia.

Masalah UFO ini telah di bincang secara serius oleh PBB. Hari isnin tanggal 27 November 1978 merupakan saat bersejarah bagi masalah UFO: pada hari itu masalah UFO dibicarakan di dalam Komutti Politik Khusus dari Majelis Umum PBB dalam sidangnya yang ke-33, dengan mata acara no. 126 yang berbunyi: Pembentukan suatu badan atau bagian dari PBB untuk melakukan, mengkordinasikan dan menyebarluaskan hasil penelitian UFO dan gejala-gejala yang bertalian. Dengan demikian masalah UFO yang kontroversal itu, yang sebelumnya telah 31 tahun lamanya menjadi pemberitaan dunia, akhirnya menjadi pembicaraan rasmi di forum PBB.

Masalah UFO untuk pertama kali diajukan ke forum PBB pada tahun 1975 oleh Sir Eric Matthew.Gairy, Perdana Menteri Grenada, suatu negara kecil yang terdiri dari sebuah pulau di Hindia Barat dengan penduduk 100.000 jiwa. Di dalam perdebatan umum di Majlis Umum PBB tahun berikutnya, ia mengimbau negara-negara besar untuk menyediakan informasi dan data lain tentang UFO bagi negara-negara dan rakyat lain di bumi ini.



BUKTI UFO (Petikan Dari Intenet)

Kenyataan Penampakan UFO tidak hanya terlihat di era zaman Modern saja,banyak catatan-catatan kuno mengenai kehadiran UFO di masa lampau,diantaranya:

*Sebuah catatan kenegaraan pada Zaman pemerintahan Pharaoh Thutmose III, sekitar 1450 S.M,menceritakan dimana pada suatu malam di angkasa kerajaan Mesir kuno muncul suatu obyek yang menyerupai bulan,namun benda asing tersebut mempunyai sorot cahaya lebih terang daripada bulan.Dikisahkan,Masyarakat Kerajaan Mesir kuno yang sempat menyaksikan kejadian tersebut mengira penampakan cahaya misterius yang menyinari dataran tempat tinggal mereka adalah jelmaan dari Dewa Ra (Dewa Matahari bangsa Mesir Kuno) yang muncul di malam hari.

*Sebuah catatan kecil dari Julius Obsequens (99 S.M),seorang ajudan kerajaan Romawi pada masa pemerintahan Julius Cesar,mengisahkan kemunculan benda aneh di langit Kerajaan Romawi yang berputar sangat cepat dan bergerak secara vertikal berulang-ulang kali lalu menghilang.

Beberapa minggu kemudian,suatu laporan dari seorang penduduk Roma juga mengisahkan di Tarquinia (merupakan daerah dari bagian Kekasisaran Romawi) menjelang matahari terbenam,sekelompok benda bulat, seperti bola bumi, perisai bulat atau bundar, bergerak dengan cepat di langit dari barat ke timur."

*Ukiran Kayu Mahakarya seorang pemahat Jerman,Hans Glaser(1561) juga menggambarkan kemunculan sekelompok benda aneh yang memenuhi cakrawala diangkasa Kota Nurenberg yang disaksikan oleh puluhan pasang mata di kota tsb.Ia berpendapat benda-benda ini bukanlah merupakan gugusan bintang,karena benda asing tsb bergerak dan melakukan berbagai macam bentuk formasi yang selalu berubah-ubah setiap menitnya.
Sebelum banyak yang tahu menahu tentang istilah UFO maupun "piring terbang",ada juga sejumlah laporan mengenai kejadian aneh yang ada sangkut pautnya dengan benda terbang yang tak teridentifikasi tsb

*25 Januari, 1878, Denison Daily News menulis bahwa seorang petani lokal, John Martin, melaporkan kepada kepolisian bahwa dia telah melihat benda terbang bundar yang gelap dan besar, menyerupai balon terbang dengan kecepatan sangat hebat.

*28 Februari, 1904,pengamatan oleh tiga orang anggota kru di USS Supply, melaporkan 300 mil sebelah barat San Francisco,muncul berbagai macam formasi terbang aneh yang mengeluarkan cahaya merah terang benderang diangkasa selama beberapa menit.Kemudian benda-benda tsb dalam sekejap menghilang secara misterius dan muncul kembali di area yang berbeda dari tempat kemunculanya yang pertama,namun ketiga saksi mata tsb masih dapat menyaksikannya karena jarak kemuncullan mereka yang ke dua tidak begitu jauh dari tempat kemunculan yang pertama.

*Seorang Astronom Inggris, E. W. Melantur 's pada 17 Nov,1882,mengisahkan telah melihat 2 benda asing terbang rendah di sekitar pelataran rumahnya sesaat ketika ia akan melihat ke angaksa dengan teropongnya.

*Pada 25 Februari,1942, U.S.Army mendapati 10 obyek misterius yang tak dikenali baik secara audio maupun visual dan tak terdeteksi oleh radar, melintas membentuk formasi lingkaran di angkasa Los Angles,California

Karena mereka menganggap bahwa 10 objek misteri tersebut merupakan pesawat mata-mata musuh yang tak terdeteksi oleh radar,maka sekitar 20 tembakan rudal ditembakkan kearah obyek-obyek misterius tsb selama 20 menit sebelum meraka menghilang,namun tak satupun rudal mengenainya.Mereka menuturkan,kesepuluh obyek misterius tadi bergerak sangat gesit secara vertikal dan horisontal,bahkan mereka seakan-akan mampu berdiam diri diudara seakan-akan bersiap-siap menunggu luncuran rudal berikutnya.
Asal pesawat udara tidak pernah dikenali.Insiden tersebut sekarang dikenal sebagai Pertempuran misterius Los Angeles, atau serangan udara Pantai Barat.


UFO DAN AL-QURAN

Dalam Al Quran ada diterangkan mengenai “piring terbang”, oleh surat An-Nahl ayat 8 adalah kendaraan yang tidak diketahui manusia dalam waktu ribuan tahun dan oleh surat Az-Zukhruf ayat 12 menyebutkan bahwa Allah SWT menciptakan semua yang berpasangan-pasangan. Maksudnya, ada bagian positif dan bagian negatif dari “piring terbang” itu (positif dan negatif=pasangan). Karena surat Az-Zukhruf ayat 12 ini membicarakan tentang alat transportasi maka tentunya istilah “berpasangan-pasangan” itu adalah kendaraan. Dan kendaraan itu tak lain mungkin adalah “piring terbang” yang memiliki bagian positif dan bagian negatifnya.

Dan (Dia Telah menciptakan) kuda, bagal* dan keledai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(Surat An-Nahl ayat 8 )

* Bagal adalah peranakan kuda dengan keledai.

Ayat ini menerangkan soal kendaraan yang biasa dan bisa dipakai oleh manusia. Manusia biasa menggunakan kendaraan ternak. Kuda dan keledai merupakan tenaga pembawa dan penarik maka keadaannya sama dengan mobil dan kapal terbang selaku pembawa dan penarik. Penggalan kata “bisa” pada paragraf ini, merupakan sesuatu yang belum diketahui manusia tentang kendaraan.

Baik kuda dan keledai maupun mobil dan kapal terbang sama-sama menggunakan tenaga tolak ke belakang untuk maju ke depan, pada dasarnya kedua macam kendaraan itu memiliki prinsip yang sama. Lalu kendaraan apa yang belum diketahui manusia seperti yang disebutkan pada surat An-Nahl ayat 8 itu?

Hal ini dijawab sendiri oleh Al-Quran :

Dan yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.

Supaya kamu duduk di atas punggungnya, kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan agar kamu mengucapkan: “Maha Suci Tuhan yang Telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya”.

Dan Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.
(Surat Az-Zukhruf ayat 12 - 14)

Kalau anda membaca susunan ayat Al-Quran ini sepintas mungkin anda tidak merasa mendapatkan sesuatu yang aneh dan baru. Akan tetapi, patut diketahui bahwa tidak ada satu pun ayat suci Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya yang percuma atau tidak memiliki makna. Kalau anda teliti dan merenungkannya dalam-dalam, semua ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran itu selalu memiliki unsur-unsur keterkaitan antar ayatnya, baik kaitan ayat yang ada di dalam surat itu sendiri atau kaitan ayat pada surat-surat Al-Quran yang lain. Sederhananya, keterkaitan satu ayat dengan ayat yang lainnya seperti dunia internet yang sedang anda jelajahi ini. Suatu halaman web yang berisi informasi selalu memiliki kaitan atau link, baik link yang menuju ke halaman web itu sendiri ataupun link yang menuju ke halaman web yang lainnya.

Nah, semua unsur-unsur yang saling berkaitan itu tak jarang selalu menghasilkan pemahaman ilmiah yang dapat diterima oleh akal sehat. Dengan begitu, memahami susunan ayat-ayat di atas ini maka “benda terapung” ini adalah suatu kendaraan yang belum diketahui oleh manusia. Seperti yang disebutkan pada surat An-Nahl ayat 8.

Susunan ayat-ayat diatas nantilah kita analisis belakangan.

Sekarang kita masuki persoalan yang nantinya jadi bahan dalam penganalisaan itu.

Al-Quran sering sekali menjelaskan persoalan rotasi dan orbit benda-benda angkasa. Hal itu merupakan gambaran bagi setiap orang agar selalu memperhatikan kenapa Bumi ini berputar pada porosnya, kenapa planet ini bersama planet-planet yang lainnya beredar mengelilingi matahari yang juga berputar di porosnya. Semua planet itu tidak bertiang, tidak bertali dan juga tidak memiliki tempat bergantung. Semuanya bergerak dalam keadaan bebas terapung. Hanya Rawasialah yang memutar planet itu di sumbunya sambil berputar-putar mengelilingi matahari. Sungguh Rawasia itu adalah wujud penting dari sesuatu yang harus diteliti lebih dalam lagi oleh para astronom. Dengan mengetahui keadaan Rawasia setiap planet, maka tabir misteri alam semesta yang tak terbatas itu akan terkuak.

Bumi yang beratnya sekitar 700 triliun ton tidak jatuh pada matahari karena gaya lantingnya (centrifugal) dalam keadaan mengorbit, sebaliknya Bumi juga tidak terlanting jauh keluar dari garis orbitnya sebab ditahan oleh gaya gravitasi pada matahari sebagai pusat orbit. Kekuatan gaya lanting Bumi dan gaya gravitasi adalah sama besarnya, orang ahli menyebutnya dengan Equilibrium. Oleh karena itulah sampai hari ini Bumi yang kita diami terus menerus berputar dan beredar mengelilingi matahari.

Andaikan kalau Bumi hanya memakai gaya lantingnya saja tanpa menggunakan gaya gravitasi. Maka, bisa dipastikan Bumi akan melayang jauh meninggalkan matahari. Dengan begitu, tenaga centrifugal seperti yang dimiliki Bumi dapat diadopsi oleh “piring terbang” untuk terbang jauh jika tenaga gravitasinya dihilangkan.

Nah, akhirnya kita pun sampai pada pertanyaan ini, bagaimana cara menghilangkan gaya gravitasi itu?

Salah satu caranya adalah dengan memutar bagian pesawat secara horisontal. Apabila putaran itu semakin cepat maka semakin besar pula gaya centrifugal yang dihasilkan dan semakin kecillah gaya gravitasinya, sampai akhirnya gaya gravitasi ini akan hilang sama sekali dan mulailah pesawat dapat terangkat dengan mudah tanpa terpengaruh oleh gravitasi Bumi.

Mungkin anda akan bertanya, bagaimana bisa pesawat dapat berputar terus menerus tanpa tumpuan? Dari situlah kita namakan pesawat ini dengan Shuttling System, yaitu pesawat berbentuk piring dempet yang ditengah-tengahnya adalah tempat penumpang.

Anda boleh melihat gambar ilustrasi struktur “piring terbang” dibawah ini.

A. Bagian Atas, kita namakan Positif, berputar ke kanan, semakin ke pinggir massanya semakin tebal dan berat.

B. Bagian Bawah, kita namakan Negatif, berputar ke kiri, semakin ke pinggir massanya semakin tebal dan berat.

C. Bagian Tengah, kita namakan Netral, disinilah tempat awak pesawat serta perlengkapan dan mesin yang memutar Positif dan Negatif sekaligus dalam satu kendali.

Praktis pesawat pun akan terangkat dibantu dengan ledakan seperlunya untuk tenaga pembelok dan untuk penambahan kecepatan sewaktu berada di angkasa tanpa bobot.

Bagaimanapun nantinya wujud konstruksi pesawat itu, kita serahkan saja kepada para profesor dan kita yakin nantinya di masa depan akan terwujud sebagai pesawat kebal peluru dan tak memerlukan landasan tertentu karena dia dapat berdiri statis di angkasa dan yang lebih hebat lagi adalah bahwa pesawat itu tentunya water-proof alias anti-air yang kalau pada saat diperlukan dia dapat langsung masuk ke dalam lautan dan keluar lagi sesuai kehendaknya.

Kita boleh mengatakan bahwa kendaraan manusia kini sudah kolot, kuno atau usang karena sistem yang dipakainya sudah berlaku selama ribuan tahun, yang semuanya itu memakai prinsip menolak ke belakang untuk maju ke depan dan menolak ke bawah untuk naik ke atas. Setelah manusia sanggup memakai gaya centrifugal berbentuk “piring terbang” barulah manusia akan memulai kendaraan modern.

Jadi, masa terwujudnya “piring terbang” adalah batas antara ke-kuno-an dan kemodernan peradaban manusia. Batas ini disebut oleh Al-Quran dalam surat Az-Zukhruf ayat 13 diatas dengan bahasa kiasan, bahwa profesor yang mulai menggunakan “piring terbang” mengatakan; Waktu itu manusia baru memulai hidup dalam generasi lain yaitu generasi pesawat itu tidaklah segenerasi dengan modern.

Dalam peradaban modern dimana manusia umumnya memakai piring terbang sebagai kendaraan, akan banyak sekali perubahan dalam kehidupan baik di bidang jasmaniah maupun di bidang rohaniah. Di bidang jasmaniah akan berlaku perubahan dalam kehidupan seperti, orang-orang tak lagi membutuhkan jalan raya dan rel kereta api yang pembangunannya sangat banyak menghabiskan tenaga, tempat, benda dan waktu. Orang-orang akan memanfaatkan daerah itu untuk tempat tinggal atau untuk kebutuhan lainnya. Orang-orang akan memindahkan perhatiannya terhadap lautan sebagai sumber makanan karena lautan itu memang sangat luas yang mengandung berbagai bahan untuk keperluan hidup, dan daratan sebagian besar akan dijadikan orang untuk tempat bermukim. Orang-orang nantinya akan melakukan penerbangan antar planet secara lazim dimana planet Jupiter, Venus, Saturnus dan planet yang lebih besar lainnya akan menjadi sasaran dalam perekonomian dan politik.

(sumber-sumber dari Intenet)


KESIMPULAN

Dapat disimpulkan di sini bahawa UFO sebenarnye adalah Objek yang wujud namun kewujudanya masih belum dapat dikenal pasti dan masih lagi tyidak mempunyai bukti2 yang kukuh. Ada pihak yang mengatakan bahawa UFO merupakan Kenderaan yang digunakan oleh Jin, dan Orang2 Bunian yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cuma akan menjelma sekali sekala.

Terpulang la kepada pendapat masing-masing mengenai UFO ini. Kita mempunyai kuasa untuk menilai kebenaran serta kewujudan sesuatu benda itu. Walau apa pun, kita perlu merujuk kepada Kitab Al Quran kerana ia menjadi pegangan Semua Umat Islam. Tanpa kita sedari sebenarnya Allah s.w.t sudah menerangkan di dalam Al Quran. Cuma kita je yang x jadi dengan mendalam.

18.11.08

Blog Baru

Salam Perkenalan

Ini adalah blog baru A.G Dalam blog ini A.G ini membogkar misteri2 yang terdapt di dunia ini. Sama ada sudah dibongkar atau pun tidak oleh pihak2 lain, A.G akan mengupas dan menbuat sedikit kajian mengenai perkara tersebut.

Tanpa kita sedari sebenarnye terdapat banyak perkara yang menjadi rahsia didalam dunia ini. Oleh yang demikian menjadi tugas baru A.G menbongkarnyee..... Semoga dari artikal2 yang akan keluar menjadi panduan dan maklumat kepada kita semua. Aminnnnn