28.12.08

THE DA VINCI CODE, BENAR @ PALSU

Salam Misteri Untuk Semua,

The Da Vinci Code
adalah sebuah novel karangan Dan Brown seorang penulis Amerika dan diterbitkan pada 2003 oleh Doubleday Fiction (ISBN 0-385-50420-9). Buku ini adalah salah satu buku terlaris di dunia dengan 36 juta eksemplar (hingga Agustus 2005) dan telah diterjemahkan ke dalam 44 bahasa, termasuk Indonesia. Di Indonesia diterbitkan oleh penerbit Serambi Ilmu Semesta (ISBN 979335807) pada tahun 2004.

Menggabungkan gaya detektif, thriller dan teori konspirasi, novel ini telah membantu mempopulerkan perhatian terhadap sebuah teori-teori tentang legenda Piala Suci (Holy Grail) dan peran Maria Magdalena dalam sejarah Kristen - teori-teori yang oleh Kristen dipertimbangkan sebagai ajaran sesat dan telah dikritik sebagai sejarah yang tidak akurat. Buku ini adalah bagian kedua dari trilogi yang dimulai Dan Brown dengan novel Malaikat dan Iblis (Angels and Demons) pada tahun 2000, di mana diperkenalkan karakter Robert Langdon. Pada November 2004, Random House menerbitkan "Edisi Spesial Ilustrasi", dengan 160 ilustrasi yang berselingan dengan teks.

Buku ini dibuka dengan pengakuan Dan Brown bahwa "Semua deskripsi karya seni, arsitektur, dokumen, dan ritus rahasia dalam novel ini adalah akurat," walaupun klaim ini diperdebatkan oleh para sarjana akademisi dalam diskusi-diskusi buku (lihat: Kritik tentang The Da Vinci Code dan daftar bacaan lain terlampir dibawah).

Klaim alur cerita mengatakan bahwa Gereja Katolik telah terlibat dalam konspirasi untuk menutupi cerita Yesus yang sebenarnya. Ini menyiratkan bahwa Vatikan dengan sadar mengetahui sedang hidup dalam suatu kepalsuan, tetapi mengerjakan sesuatu demi menjaga kekuasaannya. Para penggemar memuji bahwa buku ini kreatif, walaupun kritikus juga menyerang dengan mengatakan ketidakakuratannya dan tulisan yang buruk, dan mengutuk pendirian yang kontroversial pada peran Gereja Kristen.


Deskripsi


Buku ini menceritakan usaha Robert Langdon, Profesor "Simbologi Agama" di Universitas Harvard, untuk memecahkan misteri pembunuhan kurator terkenal Jacques Saunière (lihat Bérenger Saunière) dari Museum Louvre di Paris. Judul pada novel merujuk, di antaranya, fakta bahwa mayat Saunière ditemukan telanjang di dalam Louvre dan posisi seperti gambar terkenal Leonardo da Vinci, Vitruvian Man, dengan suatu pesan acak (cryptic) yang tertulis di samping tubuhnya dan sebuah Pentagram tergambar di perutnya dengan darahnya sendiri. Interpretasi dari pesan tersembunyi dalam karya terkenal Leonardo, termasuk Mona Lisa dan Perjamuan Terakhir, menjadi figur menyolok dalam pemecahan misteri ini.

Konflik utama pada novel ini seputar pemecahan dua misteri:

  • Rahasia apa yang dilindungi Saunière sehingga mendorong pembunuhannya?
  • Siapakah dalang di belakang pembunuhannya?

Novel ini mempunyai beberapa alur cerita yang berdampingan yang menyertakan tokoh-tokoh berbeda. Kemudian semua alur cerita berjalan bersama-sama dan terpecahkan pada akhir buku.

Kusutnya misteri membutuhkan solusi bagi rangkaian problem yang sangat sulit, mencakup anagram (permainan huruf-kata) dan teka-teki angka. Solusinya sendiri menemukan hubungan erat dengan kemungkinan lokasi Holy Grail dan dan suatu perkumpulan misterius yang disebut Priory of Sion, juga Knights Templar. Organisasi Katolik Opus Dei juga digambarkan secara menyolok dalam alur cerita.

Novel ini adalah buku kedua Brown di mana Robert Langdon adalah karakter utamanya. Buku sebelumnya Malaikat dan Iblis, mengambil latar di Roma dan bercerita tentang Illuminati.


Petikan Dari Intenet


27.12.08

HISTERIA, REALITI ATAU FANTASI

Salam Misteri Untuk Semua

A.G baru je menonton filem Histeria minggu lepas jadi kat sini A.G nak kupas tentang Histeria la. Leh kongsi bersama

HISTERIA" dikatakan bermula apabila seseorang itu memendam tekanan perasaan yang berpanjangan sehinggalah pada suatu ketika, tekanan itu tidak mampu lagi dipendam dan melebihi keupayaan yang mampu ditanggung perasaan.

MANGSA histeria bagaikan dapat melihat kelibat makhluk halus. Masyarakat percaya mangsa dirasuk kerana menceroboh 'kediaman' makhluk ghaib

"Ketika itulah jiwa seseorang itu menjadi lemah dan ia mudah dirasuk unsur ghaib seperti makhluk halus atau jin sehingga menyebabkan dia melolong, meracau dan meronta ketakutan atau dikenali sebagai histeria," kata Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa', Mohd Fauzi Mustaffa ketika memberi penerangan mengenai kejadian histeria.

Histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan dalam masyarakat terutama ketika memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib.

Bagi Mohd Fauzi yang pernah berhadapan dan merawat pesakit histeria, gejala itu akibat gabungan gangguan psikologi iaitu tekanan perasaan dan juga pengaruh unsur ghaib.

Histeria lebih ketara berlaku apabila pesakit itu berada di kawasan 'kediaman' jin terbabit seperti di dalam hutan, padang atau tepi tasik. Pesakit mungkin secara tidak sengaja mengganggu atau merosakkan kawasan rumah makhluk halus terbabit menyebabkan ia marah dan merasuk diri pesakit seterusnya menyebabkan histeria," katanya.

Beliau berkata, apabila histeria berlaku, pesakit tidak lagi sedarkan diri atau mengetahui apa yang mereka lakukan. Mereka akan melolong, menjerit, cemas, nafas tercungap-cungap dan meronta ingin melarikan diri.

"Wajah mereka juga ketakutan seolah-olah ternampak sesuatu yang menyeramkan dan memang mereka dapat melihat makhluk halus itu; mereka juga memiliki kekuatan luar biasa sehingga sampai 10 orang pun tidak dapat mengekang pergerakan mangsa.

"Kekuatan itu berasal daripada makhluk ghaib terbabit malah kadangkala rasukan menyebabkan mereka meracau dengan suara atau bahasa pelik. Mereka tidak sedar apa yang dilakukan ketika histeria menyebabkan apabila pulih, mangsa kelihatan bingung," katanya.

Apabila seseorang itu mengalami histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada berhampirannya. Ia mampu merebak kerana jin yang mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia yang dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama iaitu turut memendam tekanan dan kebimbangan.

"Terdapat kaedah dalam perubatan Islam mampu memulihkan mereka ini. Sebenarnya, jika tidak dirawat pun pesakit histeria ini mampu pulih dengan sendirinya selepas satu tempoh masa lama apabila jin yang merasuk itu keluar dan pesakit kembali sedar.

"Akan tetapi dia berisiko dirasuk kembali atau mengalami histeria semula; cara terbaik adalah dengan mencegahnya iaitu pesakit perlu tabah menghadapi dugaan hidup, sentiasa reda dengan ketentuan Allah, tidak berputus asa dan lemah semangat serta memperbanyakkan mengingati Allah kerana jiwa yang kosong tanpa mengingati Allah mudah dirasuk syaitan," katanya.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa selain wanita, ada juga lelaki, kanak-kanak atau bayi yang histeria tetapi gejala itu lebih ketara di kalangan wanita kerana golongan itu diciptakan Tuhan sebagai insan yang memiliki fizikal dan emosi yang lemah.

Wanita juga mengalami 'keuzuran' pada setiap bulan menyebabkan mereka tidak dapat beribadat dan lebih terdedah kepada serangan jin dan syaitan tambahan pula darah termasuk darah haid sememangnya menjadi makanan bagi golongan jin.

Bagi pakar psikologi, Profesor Dr Syed Hassan Ahmad Al Mashoor, unsur mistik seperti rasukan jin sememangnya tidak dinafikan wujud sebagai satu daripada punca histeria tetapi masyarakat perlu membezakan antara histeria yang berlaku akibat tekanan perasaan serta konflik emosi dengan histeria akibat rasukan jin.

"Kita tidak boleh nafi pengaruh makhluk halus dalam kehidupan tapi biarlah setiap usaha itu dibuat secara rasional supaya tidak sentiasa menyalahkan satu sebab saja (rasukan jin) dalam kes histeria.

"Jika puncanya berkaitan perubatan seperti penyakit sawan, salah guna dadah seperti ecstasy atau disebabkan penyakit mental seperti skizofrenia, ia dikatakan 'gangguan perubatan' tapi jika puncanya tekanan perasaan dan konflik emosi semata-mata, ia dikatakan 'gangguan psikologi'," katanya.

Dr Syed Hassan berkata, dari perspektif psikologi, histeria lazimnya berpunca dari tekanan emosi berpanjangan yang tidak dapat dibendung lagi malah mangsa kurang mendapat sokongan moral dan material dari keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

"Wanita lebih kerap histeria kerana lebih banyak memendam keresahan dan kemurungan serta tidak meluahkan tekanan emosi mereka. Lelaki pula lebih tabah dan lasak, jika mereka menghadapi stres, mereka ada saluran meluahkan tekanan emosi itu sama ada menerusi kemarahan, perlakuan agresif atau melakukan perkara tidak diingini seperti berjudi," katanya.

Beliau berkata, untuk menghindari histeria, mereka yang bermasalah perlu dikenal pasti seawal mungkin dan diberi bantuan moral bagi meredakan tekanan perasaan dan gangguan konflik yang dialami.

Dari sudut psikologi

• Histeria dari sudut kesihatan psikologi ditakrifkan sebagai gangguan kesihatan di mana tahap kesedaran orang yang terbabit berubah dan dia tidak ingat apa yang berlaku.

Mangsa menunjukkan perilaku, emosi dan pemikiran yang tidak normal.

• Berjangkitnya histeria ke khalayak ramai kerana golongan itu memiliki banyak persamaan seperti corak tekanan sama, contoh murid sekolah dan pekerja kilang; usia sebaya; lazimnya sama jantina.

Media massa yang menggembar-gemburkan peristiwa histeria juga turut meningkatkan berlakunya gangguan ini apabila ia turut mempengaruhi tanggapan masyarakat.

• Fenomena histeria adalah kesan dari tekanan perasaan dan konflik emosi yang tidak terkawal. Mangsa tidak sedar apa yang berlaku tetapi dengan bantuan dan sokongan moral serta galakkan untuk kembali memuhasabah diri secara lebih realistik dan pragmatik, lazimnya mangsa akan beransur pulih.

• Jika terdapat tanda keresahan dan kemurungan, ubatan bagi mengawal tanda itu boleh membantu dan mempercepatkan proses pemulihan serta mencegah berulangnya kejadian histeria. Walau apa pun yang diusahakan, tawakal kepada Allah SWT sahajalah yang akhirnya dapat menentukan segala-galanya.

Dari sudut unsur ghaib

• Berbeza dengan saka, santau atau sihir, histeria disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di pandang atau hutan.

• Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.

• Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.

• Mereka yang memiliki kekuatan rohani jarang histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak berputus asa.

• Bayi atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka hanya meraung ketakutan dan jari mungkin menunjuk ke arah suatu arah. Lelaki yang histeria pula kelihatan seperti sedang amuk.

• Petua apabila berhadapan dengan histeria: asingkan pesakit daripada orang ramai; cuba azankan di telinga pesakit; baca surah al-Fatihah, ayat 115 hingga 116 dari surah al-Mukminun, ayat tiga qul dan tiupkan di telinga dan muka pesakit; jika ada air Yaasin, sapu atau semburkan ke muka pesakit.

Apabila pesakit kelihatan sedar, suruh dia mengucap, jika tidak dapat mengucap, maknanya jin itu masih merasuknya. Baca juga doa Nabi Sulaiman supaya didengari pesakit.

3.12.08

NASI KANGKANG



Salam Misteri Semua,

Dah Lam A.G x tulis dalam blog ni. Kali ni A.G nak terangkan mengenai nasi kangkang. Ala ubat untuk menundukan suami. Meh A.G kaji..............

Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.

FILEM perempuan, isteri dan… lakonan pelakon Sofea Jane sedikit masa dulu menimbulkan kekecohan apabila dengan berani menunjukkan ‘aksi’ si isteri menghasilkan nasi tangas atau lebih dikenali bahasa kasarnya, nasi kangkang. Begitupun sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya?Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diketahui di kalangan kelompok yang pernah melakukan kerja berkenaan.

Seorang bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Tua ketika di temui di rumahnya di Gombak mengaku walaupun masyarakat hari ini leka kemajuan sains dan teknologi, masih ada segelintir wanita yang yang datang berjumpanya bagi minta cara-cara untuk menghasilkan nasi kangkang.“Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar’ dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri,” katanya.

Sungguhpun begitu, sejauh mana amalan berkenaan boleh menzahirkan hajat wanita berkenaan masih sukar dipastikan dengan kata-kata kerana ia diukur berdasarkan `kehebatan’ bomoh berkenaan.“Ada yang kata menjadi dan ada yang kata tidak menjadi. Itu yang sukar untuk kita pastikan, tetapi sehingga ke hari ini wanita yang menemui saya selalunya berpuashati,” katanya yang menyatakan amalan berkenaan dilakukan menerusi pembacaan ayat tertentu yang diamalkan ketika melakukan prosedur itu.

Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.Bagaimanapun, katanya, sebelum melakukan `kerja’ berkenaan beliau akan menasihati wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan’ suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.“Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya.

Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, kadangkala itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut telunjuk kata,” katanya.Beliau juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.


Bagaimanapun Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata nasi kangkang hanyalah nama yang digunakan masyarakat kurang terpelajar kerana ia tidak memberikan sebarang kesan.Katanya, sekiranya berkesan kepada suami yang di bomoh itu, ia hanyalah dikaitkan dengan kesan psikologi individu berkenaan saja yang percaya kepada keberkesanannya menerusi apa yang diperkatakan oleh masyarakat sekeliling mengenai kehebatan ilmu dan pengamalnya itu.“Kalau dalam psikologi sosial, ia sama seperti kesan `brain wash’ yang mana boleh mempengaruhi kita kalau selalu dikatakan tangas ia meninggalkan kesan hebat. Antara syaitan dan manusia adalah dua perkara yang berbeza dan hanya Allah yang membenarkan ia terjadi dan sebaliknya.“Orang selalu gunakan Islam untuk menjadikan asas menunjukkan syaitan itu ada kesan terhadap manusia sedangkan tidak.

Sekiranya kita percaya terkena sihir, dan berubat menerusi cara berbomoh tadi, maka dikhuatiri kita akan terjebak juga akhirnya, dalam lingkungan tidak bertepi tadi.“Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya.

Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara,” katanya.Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.

P/S Geli la nasi kangkang